Latest News

PADAH MENCURI! PENDUDUK GUNA SEMUT API HUKUM PENCURI


Ayopaya, Bolivia: Penduduk desa di kawasan hutan Amazon mengenakan hukuman yang sangat kejam terhadap 2 pencuri motor dengan mengikat mereka pada sebatang pokok yang penuh dengan semut  api.

Kedua-dua pencuri itu yang berusia 18 dan 19 tahun hampir mati digigit semut berbisa itu. Penyeksaan terhadap kedua-dua pencuri itu dilakukan selama tiga hari berturut-turut.

Dua lelaki itu hanya dibebaskan Sabtu lalu apabila keluarga kedua-dua pemuda berkenaan membayar wang tebusan dan ganti rugi kepada pemilik motor berjumlah RM12 ribu, hampir empat kali ganda purata upah bekerja setahun di Bolivia.

Kedua-dua pencuri motor itu kritikal dan ginjal seorang daripada mereka dikatakan hancur digigit semut api. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.