Latest News

LAGENDA PUTERI SANTUBONG


Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejenjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.


Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.




No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.