Desas desus keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai mereka bakal dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.
Fiza telah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.
Cubaan wartawan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal kerana mereka berdua tidak dapat dihubungi kerana masing-masing mematikan telefon bimbit.
Sebelum ini, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, telah memberikan bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.
Di pihak Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, menafikan perkara itu dan menjelaskan rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.- mymetro
No comments:
Post a Comment