Latest News

ICEDot : Helmet Basikal Pintar

Antara cerita sadis yang pernah kami dengar mengenai kemalangan melibatkan penunggang motosikal dan basikal berlaku 3 tahun yang lalu. Seorang teman terlibat di dalam sebuah kemalangan di lebuhraya. Pihak polis gagal menghubungi beliau kerana telefon yang dibawa beliau dikunci dengan kata laluan. Beberapa jam selepas beliau terlibat di dalam kemalangan seorang teman menelefon beliau dan apabila diangkat si teman terdengar anggota polis berkata “Encik, tuan punya telefon ini sudah meninggal dunia dalam kemalangan beberapa jam yang lalu”.
Sistem keselamatan telefon menggunakan kata laluan dan biometri memang bagus untuk memastikan peranti anda tidak digunakan secara sesuka hati oleh orang lain. Tetapi dalam hal kecemasan ia sebenarnya menyukarkan pihak berwajib untuk menghubungi keluarga anda. Jadi apakah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
ICEDot ialah jawapan kepada masalah ini sekiranya anda seorang penunggang kenderaan beroda dua. Dongle ICEDot dipasang pada helmet dan di tambat kepada telefon pintar anda menggunakan Bluetooth. Ia akan secara automatik menghantar khidmat pesanan ringkas kepada ahli keluarga terdekat dan mendail ambulans apabila ia mengesan anda terlibat di dalam kemalangan. Pengguna ICEDot juga diberikan nombor khas yang boleh diakses oleh krew ambulans untuk melihat apa-apa alahan dan jenis darah mereka. Maklumat ini dapat membantu memastikan nyawa anda dapat diselamatkan dengan lebuh mudah.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.