Latest News

GAMBAR TRAGEDI FERI SEWOL DI KOREA SELATAN (20 GAMBAR)

Sewol ialah nama feri yang karam dalam perjalanan ke Pulau Jeju diKorea Selatan. Kapal ini melanggar sesuatu dalam perjalanan dan terbalik dengan kadar yang segera 2 hari yang lalu. Tragedi ini mendapat perhatian media dunia kerana lebih dari 380 penumpang dari 450 yang menaiki kapal ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang dalam perjalanan yang dianjurkan pihak sekolah. Setakat ini lebih dari 270 penumpang masih belum ditemui dan dipercayai terperangkap di dalam kapal yang kini hanya bahagian haluannya masih terapung di permukaan laut. Tambah sedih ada ibu bapa yang mendapat SMS dari anak mereka yang terperangkap yang mengatakan mereka masih hidup tetapi paras air semakin naik. Ada juga yang menerima SMS ucapan selamat tinggal dari anak-anak mereka. Sehingga kini kapal Sewol masih belum dapat dinaikkan semula dan tiada berita penumpang baru diselamatkan. Pihak berkuasa berkata kapten kapal gagal memberikan arahan untuk menyelamtakan diri kepada penumpang dan sebaliknya menyelamatkan diri beliau dahulu sebelum kapal terbalik secara total. Beliau kini ditahan untuk siasatan. Mereka yang terselamat rata-ratanya berkata mereka bernasib baik kerana tidak mengikut arahan kapten yang menyuruh mereka kekal di dalam kapal dan tidak meluru ke bot kecemasan. Sadis!





Laporan asal Yahoo


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.