Setelah beberapa kali menafikan berlakunya keretakan rumah tangga, penyanyi dan pelakon, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, atau nama komersialnya Fiza Elite akhirnya sah bercerai secara fasakh dengan suaminya, Adam AF sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah sebentar tadi.
Lafaz cerai itu dibuat oleh Adam AF pada jam 1.05 tengah hari di hadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.
Sebelum itu, Fiza mengemukakan permohonan lisan agar prosiding dijalankan secara tanpa kehadiran wartawan. Alasannya, dia seorang public figure dan enggan masalah rumah tangganya diketahui oleh ramai.
Adam kelihatan sebak manakala Fiza yang memakai jubah dan selendang hitam kelihatan tenang.
Fiza dan Adam telah melangsungkan perkahwinan pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan. Perkahwinan yang berusia 7 bulan ini merupakan perkahwinan yang kedua bagi Fiza. -Sinar Harian
No comments:
Post a Comment