BENARKAN pelan catuan air dilaksanakan secara berpilih dan tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah?
BERANG dengan catuan air yang didakwa tidak adil dan berpilih, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam mahu pelan catuan yang sedang berjalan di Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya disiasat bagi membuktikan kesahihan masalah bekalan air.
Ini kerana, jika benar bekalan air tidak mencukupi mengapa membabitkan beberapa kawasan sahaja dan bukan seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George berkata, kerajaan Selangor perlu menjelaskan mengapa kawasan yang didiami golongan terpenting tidak mengalami catuan langsung.
"Kalau anda tidak percaya pergilah ke kawasan Damansara Height, Kota Damansara, Bukit Tunku. Kawasan itu semua mendapat bekalan air seperti biasa.
"Jika bekalan air di empangan tidak cukup, catu semua kawasan. Penduduk yang berstatus golongan biasa pun bayar air, tetapi mengapa kawasan golongan kaya sahaja yang mendapat bekalan air," katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau yang kesal dengan keadaan ituberkata, sekarang ini sejumlah 8 juta penduduk terjejas akibat catuan air dan masalah itu berpunca daripada kedegilan Kerajaan Selangor di bawah pimpinan pakatan pembangkang dalam persetujuan membina Loji Rawatan Air Langat 2.
"Tidak payah bercakap pasal isu teknologi itu dan ini. Masalah ini tidak berlaku kalau Loji Rawatan Air Langat 2 diselesaikan," tegasnya sambil mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengakui kesalahan beliau.
Dulu, tambahnya, Abdul Khalid kerap kali menyatakan bekalan air mencukupi, oleh sebab itu pembinaan Loji Rawatan Air Langat tidak perlu.
"Sekarang mana air yang banyak tu".
"Kepada Tony Pua, Rafizi Ramli, Dr. Xavier Jayakumar kenapa diam sahaja, kenapa tiada desakan menyuruh seluruh Exco Selangor letak jawatan.
"Kalau isu MH370 yang membabitkan 239 penumpang mereka bising suruh Datuk Seri Najib Tun Razak atau Ahmad jauhari Yahya letak jawatan. Dalam kes air ini lebih banyak terjejas, mengapa tidak ada desakan yang sama?.
"Tidak beranikan?," ujarnya. - MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment