Latest News

Ayah larang Emma berlakon & bergambar dengan lelaki


Hubungan diantara Zizan Razak dengan Emma Maembong bukanlah satu lagi rahsia, memandangkan dah banyak klue dan gambar mula tersebar walaupun kedua-duanya masih belum memberikan sebarang penjelasan.

Namun ayah Emma, Ismail Embong telah meminta Emma agar tidak lagi berlakon dan bergambar mesra dengan lelaki. Memetik portal mStar, tambahannya lagi, ayahnya melihat adegan mesra Emma dengan Aiman Hakim di dalam drama Projek Memikat Suami. 

"Ya, kalau boleh saya memang tidak mahu berlakon atau bergambar berpelukan atau terlalu mesra dengan lelaki.

"Ia kerana permintaan bapa saya yang menasihatkan agar tidak tampil keterlaluan ketika berlakon atau bergambar yang boleh menjejaskan nama keluarga," 

"Saya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik dan kenapa perlu bergambar begitu (keterlaluan) sedangkan boleh sahaja kalau bergambar seperti biasa.

"Saya lakukan ini kerana ayah saya bukan sebab Zizan. Zizan tidak pernah menghalang atau masuk campur urusan kerja saya," 

"Alhamdulillah bapa saya senang dengan dia (Zizan) dan mereka boleh bercakap dalam dialek Terenganu berdua.

"Pada awalnya dia tidak mengenali Zizan dan dia agak pelik apabila orang ramai ingin ambil gambar, tetapi bila ada rakan-rakan yang beritahu barulah dia tahu tentang itu," -Emma

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.