Hampir semua hotel di Malaysia berhantu. Tetapi ada beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini.
Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam.
Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak.
1. Elak Resort Terpencil
Amber Court - Gambar di atas ialah gambar yang diletak dalam iklan. Gambar di bawah ialah keadaan sebenar.
Kredit: Azhafizah
Ada banyak resort di Malaysia yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. Ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting.
Ada resort terpencil di Malaysia yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. Ada juga tapak markas tentera Jepun pada zaman perang dunia.
Mengapa anda pilih tempat sebegini? Mengapa pula pilih untuk bercuti di kawasan peranginan yang berhantu seperti Genting?
Hotel First World, Genting memang dikatakan berhantu sehingga ia diletak dalam senarai 15 hotel paling berhantu di dunia oleh Yahoo Travel.
Ada lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, anda pastikah yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah anda itu suara manusia? Dan bolehkah anda pastikan wanita tua menyapu koridor yang menyapa anda itu bukan hantu?
Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.
2. Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah
Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur.
Hotel-hotel ini diminati kerana taraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, usia yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.
Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.
Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada tahun 1984 sebelum dinaiktaraf dan dibuka semula selepas tiada penghuni selama 28 tahun.
Sewaktu Jepun kalah perang dunia, ada tentera Jepun yang membunuh diri dengan menusuk pedang mereka ke badan sendiri di hotel ini. Ada juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel.
Sewaktu ia ditutup, kakitangan KTM dikatakan sering melihat kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.
3. Jika Bilik Penuh, Cari Saja Hotel Lain
Peluang anda bertemu si penunggu cukup tinggi jika anda datang ke satu resort dengan tergesa-gesa, tanpa tempahan, pada waktu malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.
Kerana tidak tahan dengan perangai anda, akhirnya, selepas beberapa minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu berkata pada anda, “Jika encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”
Tahniah! Anda baru saja menempah tiket vip untuk berjumpa hantu di bilik nanti.
Di dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu. Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap dijumpai makhluk halus atau tempat di letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial atau makhluk halus di hotel.
Jika penyambut tetamu katakan pada anda yang bilik sudah tiada, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa dengan bilik kosong?
Anda susahkan dia. Kini giliran anda pula untuk susahkan.
4. Bilik Pelik? Minta Yang Lain
Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik
Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik anda berbau pelik, berselerak, atau sejuk dari biasa.
Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila anda pertama kali masuk, anda lihat lantai basah seperti ada orang yang baru keluar dari bilik air.
Mungkin bahagian housekeeping kekurangan staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.
Jika anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.
Walaupun apa alasan yang diberi pihak hotel, minta bilik lain. Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.
5. Adab Bila Senja
Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang.
Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama jika balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi.
Memanglah angin laut waktu senja sejuk dan mengasyikkan. Tetapi banyak kes makhluk yang mengacau terbang masuk melalui balkoni.
Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut seperti yang diceritakan dalam thread mengenai hotel berhantu di forum Cari.
Our room facing the sea. Ada balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je. Tengah aku best renung2 laut and try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur and aku pusing je — ada perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — and ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.” (nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)
Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di Malaysia. Di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru anda tempah pun ada makhluk tak diundang.
Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik. Jika anda ternampak kertas di kaunter check-in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik di bawah, melainkan jika pelanggan mendesak”, kini anda tahu mengapa.
Anda ada tips lain? Atau ada pengalaman di kacau hantu di hotel ? Jom share!
No comments:
Post a Comment