Latest News

Usia 32 Tahun, Nora Danish Masih Vogue



Usia 32 Tahun, Nora Danish Masih Vogue| Rasa macam tak percaya pula si cantik Nora Danish sudah berusia 32 tahun bukan? Mana taknya, ibu kepada seroang anak lelaki itu masih mampu kekal menawan seperti remaja.

Semalam, Nora Danish telah dikejutkan dengan sebuah majlis sambutan hari lahirnya semasa sedang menjalani penggambaran filem terbarunya, Hantu Bungkus Ikat Tepi.

Menariknya, dek kerana gemarkan ayam goreng, kek hari lahir pelakon itu telah direka menjadi bentuk Ayam Goreng KFC! Comel!

Tidak cukup dengan itu, penerbit filem, David Teo turut memeriahkan majlis sambutan tersebut dan menghadiahkan sebiji kek lagi kepada Nora Danish.

Nora Danish yang kelihatan sangat gembira dengan majlis itu tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada buah hatinya, Nedim Nazri Aziz dan kepada semua pihak yang terlibat.


Apapun, sama-samalah kita mendoakan semoga Nora Danish akan lebih sukses dalam karier dan berbahagia di dunia akhirat

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.