Latest News

Siapa Sebenarnya Raja Bomoh Pesawat MH370 ?

Siapa Sebenarnya Raja Bomoh Pesawat MH370? Kebelakangan ini, heboh di laman sosial tentang seorang bomoh yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia yang menawarkan diri untuk mencari kapal terbang MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.


Raja Bomoh Sedunia – Ibrahim Mat Zin

Dikatakan Raja Bomoh ini akan membuat upacara pembomohan dengan upacara ritual yang agak pelik di mana Raja Bomoh ini menggunakan teropong buluh,bubu mata pancing, permaidani, buah kelapa dan sebagainya untuk mencari kapal terbang MH370 yang hilang. Walaupun Raja Bomoh ini yang disensasikan media telah menjadi terkenal tetapi ramai juga yang masih belum mengenali siapakah sebenarnya Raja Bomoh ini.. Jadi siapakah Raja Bomoh ini?
Siapa Sebenarnya Raja Bomoh Pesawat MH370?


Nama sebenar Raja Bomoh Sedunia atau Raja Bomoh Vip ini adalah Ibrahim Mat Zin. Beliau berusia 80 tahun dan dikatakan berpengalaman dalam aktiviti pembomohan selama 50 tahun dan merupakan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM).

Nama beliau pernah popular suatu ketika dahulu di mana beliau dikatakan dapat membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. Selain itu beliau juga dikatakan pernah menyelesaikan kes di Highland Tower suatu ketika dahulu.

Walaubagaimanapun, aktiviti pembohonan Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia ini telah difatwakan HARAM oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana ritual pembomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat. Boleh rujuk artikel penjelasan JAKIM berhubung isu Raja bomoh di KLIA.



Baru-baru ini, nama beliau popular semula apabila beliau hadir ke KLIA sendiri untuk mengesan dan mencari di mana pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. Semasa ritual pembomohan Ibrahim Mat Zin di KLIA, beliau menggunakan teropong buluh, bubu mata pancing, permaidani, buah kelapa dan sebagainya. Ritual pembomohan Raja Bomoh di KLIA itu telah menaikkan kemarahan orang ramai kerana dianggap memalukan Malaysia di mata dunia.

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.