Hari Sabtu – Update 1:
Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari KLIA jam 12:30 pagi tadi dilaporkan tidak mendarat di Beijing mengikut jadual pada jam 6:30 pagi tadi. Pesawat itu kini tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan. | link
Update 2:
Keadaan ahli keluarga yang menanti perkembangan terkini pesawat MAS MH370 yang masih gagal dikesan. – Via NBC News | link
Kesinambungan:
YB Nizar dan Zed Zaidi antara selebriti yang mendapat kecaman ramai kerana menulis sesuatu tentang kejadian ini yang dianggap tidak menghormati mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.
Update 3:
Ahli keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menangis ketika bercakap menerusi telefon bimbit di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. | link
Update 4:
Usia pesawat MAS MH 370 adalah 11 tahun 11 bulan dan dikategorikan sebagai ‘remaja’ lagi dan mempunyai sistem yang amat canggih. Sehingga kini pencarian pesawat Boeing 777-200 ini masih diteruskan dan nasib penumpang dan anak kapal masih belum diketahui. Rakyat Malaysia diminta untuk hentikan penyebaran khabar angin dan gambar kapal terbang terhempas di laut yang mana tidak berkenaan.
Oh! Media akan terus berkongsi sebarang perkembangan terbaru kejadian ini dengan bersumberkan 100% pengumuman rasmi dari pihak MAS sendiri. Sama-sama kita berdoa untuk keselamatan semua mangsa yang terbabit. | link
Update 5:
PASANGAN pengantin baharu, Mohd Razahan Zamani, 23 dan Norli Akmar Hamid, 33, adalah antara 38 penumpang rakyat Malaysia dalam pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. Pasangan itu dipercayai ke Beijing untuk berbulan madu. – Berita Harian. #PrayForMH370 | link
Update 6:
#SinarHarian: MH370 mungkin terhempas di perairan Malaysia
HANOI – Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 mungkin terhempas ke kawasan perairan Malaysia berdasarkan perkiraan yang dikeluarkan pihak berkuasa Malaysia, kata pegawai tentera laut Vietnam.
Laksamana Ngo Van Phat memberitahu Reuters, pesawat tersebut mungkin terhempas di perairan Malaysia, 153 batu di luar pantai Vietnam, Tho Chu mengikut kelajuan dan kawasan terakhir dikesan.
“Lebih baik pasukan penyelamat Thailand dan Malaysia yang mengetuai misi menyelamat tapi bot tentera laut Vietnam di pantai Phu Quoc bersedia untuk menyokong mana-mana misi jika diminta,” katanya. #PrayForMH370 | link
Update 7:
Gambar terakhir penumpang rakyat Malaysia, Mohd Sofuan Ibrahim, 32, bersama ibunya di KLIA sebelum menaiki pesawat MAS MH370 yang masih gagal dikesan. Beliau dijadualkan melaporkan diri Pejabat MITI di Beijing. – BH #PrayForMH370 | link
Update 8:
Visual pesawat MAS MH370 sebelum hilang dari radar #PrayForMH370 | link
Update 9:
#PRAYFORMH370. Hanya doa yang mampu diiringkan rakyat Malaysia untuk semua mangsa yang berada di dalam pesawat gergasi yang masih menjadi tanda tanya ini. Setakat cover photo ini diletakkan (6:01PM), sudah 12 jam pesawat ini hilang dari radar. Sama-sama kita doakan semoga yang terbaik buat semua mangsa yang terlibat di dalam kejadian ini.
“The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants) and 12 crew members”.
Senarai Anak Kapal MH370 KL – Beijing:
1) Zaharie Ahmad Shah (Kapten)
2) Fariq Bin Ab Hamid
3) Patrick Francis Gomes
4) Andrew Nari
5 ) Goh Sock Lay
6) Tan Ser Kuin
7) Wan Swaid Wan Ismail
8) Junaidi Bin Mohd Kassim
9) Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10) Ng Yar Chien
11) Foong Wai Yueng
12) Tan Size Hiang
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa. Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jumlah Penumpang MH370 KL – Beijing Mengikut Negara;
China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang
Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang terbaik tp perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.
Update 10:
Lintas langsung bersama Perdana Menteri sebentar tadi masih tiada perkembangan terbaru tentang status pesawat #MH370. Perdana Menteri memberitahu pencarian akan tetap dilakukan seberapa lamapun ia patut dijalankan. Beberapa buah negara seperti Vietnam, Singapore dan USA turut menawarkan kapal dan pesawatnya untuk membantu mengesan pesawat terbabit. Oh! Media akan terus memainkan peranan bersama untuk menyampaikan perkembangan terkini yang rasmi terus kepada anda. Follow kami di Twitter — https://twitter.com/ohtweet | link
Update 11:
Update 12:
Kepada yang tertanya-tanya mengapa pihak MAS lambat memberikan kemaskini terhadap tragedi pesawat MH370, ini mungkin memberikan kefahaman kepada anda. #PrayForMH370 | link
Update 13:
KUALA LUMPUR: Pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang awal pagi tadi, petanda pertama pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas.
Pesawat Tentera Udara Vietnam itu adalah sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang tadi di perairan di selatan Vietnam dengan masing-masing antara 10 dan 15 kilometer panjang.
Tiada pengesahan bahawa tumpahan minyak itu ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu tetapi selari dengan corak yang akan dihasilkan oleh dua tangki minyak pesawat yang terhempas. – AP | link
Update 14:
Untuk info, pesawat #MH370 dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun & memiliki rekod 18,365 jam penerbangan. Menyertai MAS sejak tahun 1981. Seorang pilot yang sangat berpengalaman. Disebelahnya pembantu pilot, Fariq Ab Hamid berusia 27 tahun. Menyertai MAS sejak 2007. Fariq Ab Hamid mempunyai rekod penerbangan 2,763 jam. | link
Update 15:
Perdana Menteri, DS Najib Razak mengenepikan jadualnya yang sangat ketat dan datang ke KLIA menenangkan ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam nahas pesawat MAS #MH370 yang masih belum ditemui hingga kini. #Respect
Update 16:
Rasa sedih melihat respon dari beberapa orang perseorangan seperti yang bernamaShariman Omar tentang pilot berkaitan tragedi pesawat #MH370 ini. Kami tak mahu kongsikan di sini, tapi kami ada kongsi di Twitter beberapa ketika tadi. – https://twitter.com/ohtweet
Mungkin nota ini dapat berkongsi dengan kita bukan mudah bertugas sebagai seorang pilot yang sentiasa berdepan dengan tanggungjawab yang teramat besar yang tak pernah kita dapat rasa.
Update 17:
2 orang dalam pesawat #MH370 dikatakan menggunakan passport palsu selepas orang sebenar tampil membuat laporan. Persoalan dia siapakah 2 orang tersebut dan bagaimana boleh terlepas pandang? | link
Update 18:
Usaha mencari #MH370 diperluas meliputi Selat Melaka. Pasti ramai yang tak dapat tidur lena memikirkan apa yang berlaku. Teruskan meminta dipermudahkan segala usaha olehNya.
Sumber
Sumber
No comments:
Post a Comment