Hujung minggu lalu pesawat Boeing PA8
Poseidon tiba di Subang bagi operasi mencari dan menyelamat MH370. Kami
tak pernah melihat pesawat ini dan kami baru sedari ia hanya memasuki
inventori tentera laut Amerika Syarikat November tahun lalu. Ianya
pesawat yang paling canggih dalam keseluruhan operasi mencari MH370 yang
kini masuk hari ke 10.
Apa yang kami rasakan menarik ialah P8A Poseidon pada asalnya ialah
sebuah pesawat penumpang Boeing 737-800 yang kini mempunyai kemampuan
membawa senjata. Ia mampu melancarkan torpedo MK54
dan misil udara ke daratan Harpoon. Senjata-senjata ini boleh dibawah
di bawah sayap dan juga di dalam tempat simpnan senjata di bahagian
belakang Poseidon.
Untuk misi di Malaysia kami perasan pylon senjata pada bawah sayap tidak
dipasang. Memang sekali pandang nampak macam pesawat penumpang biasa
dengan beberapa bonjolan pada bahagian ekor untuk sistem elektronik. Ia
juga mampu melakukan pengisian minyak di atas udara. Poseidon akan
menggantikan Lockheed P3 -Orionyang menggunakan enjin turboprop. Kami
yakin insiden MH370 ini digunakan oleh Poseidon bukan sahaja untuk
mencari pesawat yang hilang tetapi melakukan intipan terhadap sistem
senjata beberapa kapal perang China yang turut serta di dalam misi
pencarian. Ini namanya sambil menyelam minum air versi espionage
ketenteraan.
Sungguhpun begitu kita berterima kasih juga kepada Amerika Syarikat
kerana menggunakan pesawat SAR paling canggih sekarang untuk mencari
MH370. Ulterior motive mereka kita tolak tepi sementara kerana pencarian
pesawat MAS dan penumpangnya harus diutamakan. Inilah yang disebut oleh
Dato Seri Najib apabila beliau mengatakan "And we have put our national security second to the search for the missing plane".
Hanya sejarah akan menghakimi tindakan Malaysia ini sebagai perlu
ataupun hanya membuka lubang kepada kuasa luar untuk menjengok kelemahan
sistem pengawasa negara yang kini nyata rompong.Apapun terjadi mari
mengharapkan yang terbaik.
Sumber Wikipedia
No comments:
Post a Comment