Latest News

NORRIES - KERETAPI BULUH DI KEMBOJA (13 GAMBAR)

Keretapi buatan sendiri

Di Kemboja terdapat sistem pengangkutan awam yang unik yang diberi nama Norries. Norries adalah keretapi kecil yang diperbuat menggunakan buluh. Ianya sudah digunakan sejak 1980an selepas tamat perang saudara. Keadaan jalan raya dan sistem pengangkutan Kemboja rosak teruk dan satu-satunya cara untuk bergerak ke seluruh Kemboja ialah dengan keretapi buluh di bawah. Pada awalnya Norries ditolak menggunakan kayu buluh seperti Gondola di Venice. Lama-kelamaan enjin kecil dipasang bagi membolehkan Norries meluncur pada kelajuan 40 kilometer sejam. Di Kemboja hanya terdapat sistem keretapi satu landasan dan apabila dua Norries bergerak pada haluan bertentangan salah sebuah daripanya perlu ditanggalkan dan diletak di tepi bagi memberi laluan. Sistem Norries kini semakin pupus kerana kerajaan ini memodenkan sistem pengangkutan yang sudah berdekad terabai. Jika anda ke Kemboja jangan lepaskan peluang untuk menaiki kenderaan unik ini sebelum ianya pupus!




Laporan asal Tocologne

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.