Adakah anda mempunyai masalah berikut? Nasihat saya, cepat² berubat sebelum merebak pada ahli keluarga kita. Saya syorkan anda semua agar buat rawatan pada perubatan Islam yang terdekat.
KETIKA BERJAGA
Selalu pening atau sakit kepala
Berat untuk beribadah
Selalu stress
Badan lemah pada pinggang dan belakang tanpa penjelasan medikal
Sakit pada sendi
Was-was ketika solat
Cepat marah atas perkara kecil
Boleh menjangkakan apa yang bakal terjadi
Sukar mendapat jodoh atau zuriat
Pasangan suami isteri selalu bergaduh dan saling benci membenci
Badan lebam terutamanya pada lengan dan peha
KETIKA TIDUR
Sukar tidur
Selalu berjaga dalam keadaan terkejut
Mimpi ngeri
Mengertip gigi ketika tidur
Mimpi terjatuh dari tempat tinggi
Mimpi berada di perkuburan
Bercakap atau ketawa ketika tidur
Mimpi lembaga, mahkluk atau budak
Baca secara jelas dan terang
Jika anda lafaz ikrar ini secara tersekat², menangis atau suara anda berubah atau pelihatan rabun ini atau menangis tiba². Ini Menandakan jin ada di dalam badan anda.
Pertama kali anda perlu baca:
Istifar 3x
Bismillah 1x
IKRAR PEMUTUS JIN SIHIR ATAU JIN SAKA
Bismillahirahhmanirahim
Ya Allah, sesungguhnya saya & mewakili keluarga saya dengan penuh sedar & insaf dengan ini mengisytiarkan:
Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum kami pernah lakukan secara sedar atau tidak dengan golongan jin sekiranya ada.
Mengharamkan tubuh kami dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin.
Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan & pertolongan Allah.
Ya Allah mulai dari saat ini:
Saya haramkan semua makanan saya, minuman saya, seluruh anggota tubuh saya dari semua jin di dalam & di luar tubuh saya atau yang menggangu saya,
Sekiranya Ya Allah,
Mereka makan , minum , guna , ganggu , jadikanlah Ya Allah semua pemberian & milikMu itu Ya Allah sebagai racun,
Racun yang amat panas
Racun yang amat bisa
Racun yang membakar
Racun yang membunuh
Semua jin-jin itu Ya Allah dengan hak Lailahaillallah Muhamadurasulullah
Amin 3x Ya Rabbal A'lamin
No comments:
Post a Comment