Latest News

GEMPAR : Salinan Laporan Polis Nelayan Mengenai Malaysia Airlines MH370



Satu Laporan Polis dari seorang nelayan menemukan satu lagi petanda yang boleh membantu penemuan pesawat MH370. Laporan polis beliau seperti dibawah:

"Pada 8/03/2014 Jam lebihkurang 0130HRS saya bersama kawan saya nama panggilan "Pader Rohim" semasa sedang memancing di Kuala Besar, Badang telah ternampak lampu sebuah pesawat melalui lokasi kami, lampu tersebut adalah dari sebuah kapal terbang saya merasa hairan kerana pesawat tersebut terbang agak rendah dari kebiasaan pesawat lain yang saya selalu nampak sebelum ini. Pesawat tersebut kelihatan terbang dibawah awan dari arah laluan keluar negara. Selepas balik rumah pada siang hari saya dapat tahu ada satu kapal terbang dari syarikat MAS telah hilang. Sekian laporan saya."

Baca pula laporan berita dari Sinar Harian:

Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.

“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat).

Semoga masih ada harapan untuk menemukan pesawat MH370 dengan keadaan selamat.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.