Cara Membuat Rayuan BR1M 2014 Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 atau BR1M 3.0 telah pun diedarkan kepada semua yang layak bermula 22 Februari 2014 yang lepas sehingga 15 Mac 2014 secara berperingkat melalui pembayaran terus ke akaun bank penerima atau pemberian baucar kepada yang tidak mengemaskini akaun bank untuk menerima bantuan BR1M 2014.
Setakat hari ini 5 Mac 2014, kelihatan masih ramai yang belum menerima bantuan BR1M 2014 atas sebab-sebab tertentu dan tidak kurang juga yang telah ditolak permohonannya walaupun melepasi syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0). Walaubagaimanapun, pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang ditolak permohonannya masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan. Berikut disertakan cara membuat rayuan BR1M 2014 Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0.
Pemohon BR1M 2014 yang ditolak permohonannya boleh membuat rayuan
Cara Membuat Rayuan BR1M 2014 Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0
Untuk pemohon yang ditolak permohonannya boleh membuat rayuan BR1M 2014 seperti berikut:-
1. Pemohon boleh hadir sendiri ke cawangan LHDN yang berdekatan.
2. Pemohon perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
3. Selepas mengemukakan mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan
4. Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima bantuan BR1M 3.0 diluluskan
#Jadi kepada pemohon yang ditolak permohonannya boleh membuat rayuan seperti yang tertera di atas.
No comments:
Post a Comment