Latest News

BUKU ULTRAMAN DIHARAMKAN DI MALAYSIA - KDN



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku komik ‘Ultraman The Ultra Power’ yang didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan syarikat Resign Publications, manakala pencetaknya syarikat Network Printers.

Mengikut kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri semalam, warta larangan itu berkuatkuasa bermula 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana pihak mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan rasmi KDN itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.