Latest News

AWAL ASHAARI SEBAK MENGETAHUI INSIDEN #MH370 SEBAIK MENDARAT DI MANCHESTER



Berita kehilangan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 sejak 2.40 pagi, 8 Mac yang lalu nyata telah menggemparkan seluruh dunia.



Pelbagai usaha mencari dan menyelamat telah dilakukan, namun pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu masih lagi gagal dikesan sehingga kini.



Walaupun kini sedang bercuti di Manchester, pengacara popular, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya tidak ketinggalan turut merasa terkesan dan hiba dengan insiden ini.



Tidak mahu terlepas untuk mengikuti perkembangan semasa kes insiden pesawat MH370, Awal dilihat telah memuatnaik sekeping foto sebuah siaran televisyen antarabangsa yang sedang memberi liputan secara langsung dari Kuala Lumpur.

Awal Ashaari tidak ketinggalan untuk menonton liputan terkini MH370

Malah, Awal dan Scha juga berkongsi kesedihan dan kebimbangan yang dirasai mereka bersama penduduk Malaysia di Manchester dan amat berharap agar kesemua penumpang dan krew kapal dapat kembali dengan selamat.

Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya sebelum pertandingan All England Open Badminton Championship yang diadakan di Birmingham ini menunjukkan Awal dan sekumpulan rakyat Malaysia bergambar sambil memegang tanda Pray For MH370.
Awal Ashaari mengambil foto bersama sekumpulan rakyat Malaysia di Birmingham. Apapun, sama-samalah kita mendoakan yang terbaik dan semoga hari ini para petugas akan menemui sebarang petunjuk tentang misteri kehilangan pesawat MH370.

Kredit Foto: Instagram Awal Ashaari & Scha Alyahya

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.