Latest News

MENINGGALNYA SEORANG PEMBULI, AL-FATIHAH

Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang jaya yang famous dengan video klip Lan Todak tak lama dulu?


Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.

Di tengah yang pakai baju merah itu, namanya Allahyarham Munir.


Dia sudah banyak berubah semenjak kes tersebut. Tak lupa sembahyang dan pelbagai lagi perubahan yang baik dilakukan oleh dirinya.

Pagi tu semasa nak ke sekolah di SMK Taman Inderawasih, motorsikal allahyarham Munir terlanggar motorsikal yang terlibat kemalangan sebelum itu. Lalu dia tercampak dan meninggal dunia.

Arwah meninggal pada pagi Jumaat. Jenazahnya tiba di Surau Tuna pada jam 12.30 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya jam 1 petang.

Arwah dah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas kebajikan, dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau/masjid. Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibu bapa dan mangsa buli tersebut.


Takziah. Adik ini masih muda. Semoga rohnya dirahmati dan dosanya diampunkan Allah S.W.T. Orang lain tidak perlulah mencerca dan menyindir dengan kata² kurang enak. Biar tuhan saja yang menilai.

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.