Latest News

KEBERSIHAN GIGI – 10 PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN!



Ramai di antara kita hanya menitik beratkan soal penampilan namun selalunya ia tertumpu pada yang penting sahaja seperti rambut, pakaian mahu pun kasut tetapi perihal seperti kebersihan gigi kurang diberi perhatian.

1. Berus gigi

Sekurang-kurangnya dua kali sehari, hanya dua minit sahaja. Namun kalau anda ingin berus gigi lebih lama, ia bukan masalah. Jangan hanya memberus sekali sehari sahaja kerana anda makan banyak untuk sarapan, makan tengah hari dan waktu makan malam. Jadi, beruslah dua kali sehari.

2. Floss gigi 3-4 kali seminggu

Ramai tidak menitik beratkan soal floss. Mereka berpendapat hanya perlu memberus gigi sahaja sudah memadai, mereka merasakan berus gigi sudah cukup dan masalah gigi selesai. Sebaiknya, gunakan floss untuk membuang sisa-sisa makanan di celah gigi yang tidak mungkin dapat dihilangkan dengan hanya berus gigi. Floss gigi hanya ambil masa kurang seminit, cara ini menghindari mulut anda dari berbau.

3. Jumpa doktor gigi dua kali setahun

Lakukan pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan gigi anda tidak bermasalah seperti berlubang ataupun plak.

4. Tukar berus gigi selalu

Ada pelbagai jenama dan jenis berus seperti lembut, keras dan sebagainya. Malah kecanggihan berus gigi dengan pelbagai kelebihan sering kali menghiasi iklan. Jarang orang menitik beratkan soal berus bagaimana sesuai untuk mereka. Selain itu, perhatikan juga keadaan bulu berus gigi. Jika sudah terlalu kembang, buang dan gantikan segera. Jangan terlalu berkira soal pembelian berus gigi. Yang mahal tentu sekali ada kebaikannya.

5. Letak berus gigi di tempat bersih

Ada setengah tidak mengambil kira soal kebersihan berus gigi. Ada yang meletakkan berus gigi di merata tempat. Tahukah anda, singki adalah tempat utama kerana mudah bila mahu mencapainya. Tapi tahukah anda tandas merupakan tempat pembiakan bakteria. Jika diletakkan merata-rata sudah tentu kuman akan menjangkiti yang kemudia masuk ke dalam mulut anda.

6. Gunakan alat pembersih lidah

Lidah adalah deria paling sensitif malah ia juga mudah mengumpul bakteria. Sebaiknya, gunakan alat pembersih lidah selepas menggosok. Percayalah, bukan saja gigi anda bersih tetapi mengurangkan bau mulut.

7. Kaedah memutihkan gigi

Senyuman yang menawan berupaya membezakan personaliti diri anda dan rakan-rakan yang lain. Bayangkan dengan barisan gigi yang putih melepak, sudah tentu anda tidak malu untuk mempamerkan senyuman. Tapi, andai kata gigi anda berkarat, sudah tentu anda malu berbuat demikian. Sebaiknya bertemulah doktor gigi dan lakukan sekurangnya dua kali setahun.

8. Jangan berus gigi selepas makan

Ramai yang mengambil mudah akan perkara ini. Terus berus gigi lepas makan. Jangan sesekali anda memberus gigi sebaik menghabiskan sisa makanan, ini kerana makanan belum hadam sepenuhnya dan anda boleh loya jika berbuat demikian. Ambillah sedikit masa sebelum berbuat demikian.

9. Makanan yang sesuai

Makanan seperti susu mengandungi kalsium sangat baik untuk pembentukan dan menguatkan gigi. Namun makanan bergula sebenarnya tidak elok untuk gigi. Tahukah anda, bawang mengandungi sulfur yang mampu menghalang bakteria.

10. Elakkan snek dan merokok

Rokoko mengandungi beribu-ribu nikotin dan sudah tentu membahayakan kesihatan anda. Merokok juga boleh membuatkan gigi menjadi kuning. Begitu juga dengan snek dan makanan ringan.

Sumber : Majalah Wanita


Jika anda mengalami masalah gigi, kami syorkan anda ke klinik gigi yang berdekatan. Ini kami senaraikan beberapa klinik gigi yang boleh anda pergi, malah sesi rundingan juga percuma. Pastikan anda telefon dahulu sebelum membuat rundingan.

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.