Latest News

COOL - SAMSUNG GEAR 2 : JAM PINTAR GENERASI KEDUA SAMSUNG (8 GAMBAR)

Hujung tahun lalu Samsung Galaxy Gear memasuki pasaran Malaysia. Ia merupakan percubaan sulung Samsung untuk menghasilkan jam pintar yang boleh dipadankan dengan peranti pintar Galaxy keluaran mereka. Hari ini Samsung memperlihatkan generasi kedua jam pintar ini yang diberi nama Samsung Gear 2


Kenapa bukan lagi Galaxy Gear? Ini adalah kerana jam pintar ini tidak lagi menggunakan sistem operasi Android tetapi menggunakan Tizen. Terdapat dua versi Gear 2 yang bakal menemui pengguna ialaitu Gear 2 dan Gear 2 Neo. Perbezaan yang ketara ialah Neo tidak dilengkapi kamera sebesar 2 megapizel pada tubuh jam. Ini sebuah lagi perbezaan yang ketara Gear 2 berbanding "abangnya" yang keluar tahun lalu. Kamera pada tali jam dipindahkan ke bahagian atas tubuh jam. Pada Gear 2 Neo sebuah pemancar infra merah terbina diletakkan yang membolehkan ia menjadi sebuah pengawal jarak jauh televisyen.

Dari segi spesifikasi Gear 2 dan Gear 2 Neo dilengkapi pemproses 1 GHz dua teras, 512 Megabyte RAM, muatan dalaman 4 GB dan skrin sebesar 1.69 inci. Buat masa ini Gear 2 hanya compatible dengan peranti Samsung Galaxy. Jika anda ada peranti Android lain lupakan niat anda untuk memilikinya dan belilah Pebble Smartwatch instead! 

Samsung Gear 2 dan Gear 2 Neo akan mula dijual April hadapan. 


Laporan asal Gizmodo

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.