Time bujang, time anak dara. Ko gatal nak kawin. Mak bapak larang ko buat tak reti. Dah ibarat dalam dunia ni kekasih hati ko jelah yang duk tatang minyak sejak kluar dari perut ibu. Tup tap bila kawin.. Baru ko tahu langit ni tinggi ke rendah, hutang belantara celah ketiak bini or suami ko tu lebat ke tidak. Tidur ko boleh lena or ada musik gazal untuk rabiah seumur hidup.
Tapi tulah onak duri rumahtangga. Time kapel lain, time mula2 kenal lain. Bila dah kawin lain. Dapat anak jadi lain. Bila tua kerepot pun lain. Apa yang penting, toleransi antara pasangan tu paling penting. Orang cakap, tak cantik tak pe. Asal baik hati. Tapi bila kawin ko nak yang cantik pulak. Yang seksi pulak. Ape cerr derr..
Ni baru 7 tujuk ciri. Ciri suami pun ada. Aku tunjuk yang bini je lah dulu. Nanti jumpa artikel yang pasal suami yang simple ringkas n korang mudah faham. Nanti aku post kan.
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Info Asal : SinarHarian
No comments:
Post a Comment