Syamsul Sambut Tahun Baru Di Ceramah Agama
| Ramai yang menyimpan cita-cita mahu berubah menjadi orang lebih baik
tapi tak ramai yang mampu berusaha untuk melaksanakannya menjadi
kenyataan seterusnya istiqomah dalam perjuangan tersebut.
Dalam hal ini pengarah muda, Syamsul Yusof dilihat antara yang nekad hingga ke saat ini.
Pada usia muda dan dilimpahi kemewahan, Syamsul dilihat memilih untuk
meraikan sambutan tahun baru di sebuah majlis ilmu yang turut
membabitkan Ustaz Azhar Idrus.
Turut terlibat dalam majlis dikenali sebagai Majlis Sembang Ambang 2014
yang berlangsung di Pulau Pinang ini adalah rakan artis Syamsul yang
juga pelakon dan pengarah, Pierre Andre.
Mudah-mudahan Syamsul akan kekal memilih jalan hidup yang diredhai.
Dengan rekod sebagai pengarah ‘box office’ mungkin selepas ini Syamsul
boleh menggunakan filem sebagai medium untuk berdakwah mendekati anak
muda, siapa tahu?
No comments:
Post a Comment