Latest News

[ INFO MENARIK ] TIPS KESELAMATAN PERBANKAN DI INTERNET



Ada yang sanggup menunggu berjam-jam menunggu no giliran untuk urusan perbankan samaada untuk membayar bil ataupun pinjaman. Golongan sebegini sememangnya ada dan kami juga dahulunya begitu. Sebenarnya kelebihan perbankan online ini dapat menjimatkan masa dan tenaga. Tak perlu tunggu lama-lama untuk membuat transaksi, hanya menunggu beberapa minit untuk menyelesaikan pembayaran tersebut tanpa keluar dari rumah.

Bahaya Menggunakan Rangkaian WiFi ditempat awam

Menggunakan rangkaian Wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan anda berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.

Bahaya Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber

Anda tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti anda akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Anda juga perlu berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. Adalah lebih selamat jika anda melakukan perbankan internet menggunakan komputer sendiri dan menggunakan sambungan Internet peribadi. Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email

Perhatian! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada anda. Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta anda ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.

Jika anda menerima email daripada pihak bank anda yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun anda dan meminta anda klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. JANGAN KLIK!. Ia sebenarnya adalah email palsu atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet anda.

contoh

Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser Anda

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks. Jika anda malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo untul log in, sila pastikan alamat website itu betul.

Jangan Dedahkan Username & Password Anda

Username dan password anda hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Namun, kini bank menggunakan system TAC iaitu Transaction Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu. Sebelum membuat sebarang transaksi online, kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu. Nombor ini akan disms ke telefon bimbit anda. Ia adalah angka 6 digit. Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit anda kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet anda.

Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Dan Program Perosak

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai. Jika anda menggunakan OS Windows dan inginkan perisian Antivirus percuma yang tidak kurang hebatnya, kami mencadangkan anda muatturun Microsoft Security Essentials. Ia memberikan perlindungan dari virus dan spyware, termasuk Trojans, worms dan software berbahaya lainnya. Anda juga hendaklah memastikan perisian Antrivirus dan Web Browser sentiasa di kemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda ketahui atau memasuki pautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda kenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi anda, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda. Apabila anda menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program Anvirus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

Log Out Selepas Guna


Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet anda, pastikan anda log keluar. Padamkan browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.