Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati
segala perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Nasihat ini sering kita dengar terutama sekali dalam khutbah jumaat yang
dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah SWT janganlah sesekali kita cabar.
Kita hanya hamba Allah yang hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu
yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah
menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati
tentang kisah mereka.
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang
telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan
melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut
dipaparkan secara ringkas sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :
1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang
beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan
memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar,
kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri
Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan
kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai
dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan
akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50,
Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi
Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah
batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah
menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual
dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis.
Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah
akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat
disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah
mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah
mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan:
38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum
Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan
dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta
dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab
mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka
berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa
panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40,
dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk
Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat
rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan
penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13,
Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus
Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun,
Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah
dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden.
Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah:
50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota
Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah
pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak
pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya
dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf:
163).
8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya.
Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan,
nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang
menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan
itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan).
Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang
mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke
dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf :
12).
9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali
parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu,
sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah
dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi.
Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah
(suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul
yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah
suara yang sangat keras (Yasin: 13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang
beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui
batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa.
Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air
(ad-Dukhan: 37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun
yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan
beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman,
akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar
(Al-Arim). (Saba: 15-19).
No comments:
Post a Comment