Latest News

ARTIS: Zizan Razak dan Emma Maembong kantoi bercumbuan dalam pesawat?



Zizan Razak dan Emma Maembong kantoi bercumbuan - Ramai peminat Zizan Razak pasti sudah tahu, pelawak itu bersama pasangannya, Emma Maembong, telah pergi bercuti ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Bagaimanapun, timbul satu cerita kurang enak tentang pasangan ini ketika berada di dalam kapal terbang. Dalam satu artikel yang disiarkan menerusi ruangan gosip Utusan Malaysia, Zizan Razak dan Emma Maembong didakwa dilihat bercumbuan di dalam pesawat ketika dalam perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

Maklumat tidak rasmi ini diperolehi melalui rakan Miss J, seorang wartawan Utusan yang kebetulan duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tersebut. Katanya, meskipun cuma mencium pipi namun perilaku itu masih dianggap bercumbuan.

“Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?”

“Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta. Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku — habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah?”


Rasanya, Miss J tidak kisah sangat dengan aksi bercumbuan itu cuma beliau mungkin menyampah dengan sikap Zizan Razak dan Emma Maembong yang masih tidak mengaku sedang bercinta walaupun banyak kali ditanya.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.