Disebabkan semuanya melakukan pembedahan, susah untuk cari artis Korea yang sememangnya cantik semulajadi, kiranya yang tersenarai ini sudah cantik sejak muda lagi, mereka ini tidak melakukan sebarang pembedahan plastik seperti mata, dagu, bentuk muka, hidung dan pelbagai lagi. Ramai artis Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk tampil cantik. Sebenarnya bukan artis Korea sahaja yang buat pembedahan plastik ni tapi masyarakat Korea yang tidak bersangkutan dengan Tv turut melakukan pembedahan plastik.
YOONA GIRLS GENERATION
Yoona merupakan salah seorang ahli kumpulan Girls Generation. Yoona disukai kerana dia mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa sebarang pembedahan plastik. Malah, Yoona tersenarai di antara 100 wanita tercantik di dunia tahun 2013 oleh Independent Critics. Yoona turut menjadi wanita tercantik di Asia oleh majalah di China.
KIM TAE HEE
Semua wanita, remaja di Korea mahukan wajah seperti pelakon Kim Tae Hee, mata yang besar, bibir tebal dan mempunyai kelopak mata. Sentiasa tersenarai dalam wanita tercantik di Korea. Kim Tae Hee juga baru-baru ini mendedahkan hubungan cinta dengan penyanyi Rain.
PARK SHIN HYE
Semakin digemari kerana lakonan cemerlang dalam drama hebat, The Inheritors. Dalam satu temu bual, Park Shin Hye menjelaskan dia langsung tidak melakukan pembedahan plastik, padanya pembedahan plastik hanya menyakitkan sahaja.
SANDARA PARK 2NE1
Sandara Park berjaya mengekalkan kecantikan asli dan disebabkan itu dia banyak terpilih menjadi CF untuk iklan produk kecantikan di Korea.
SONG HYE KYO
Duta kepada produk kecantikan Laneige, Song Hye Kyo merupakan satu-satunya artis Korea yang tersenarai dalam 100 wanita tercantik di dunia setiap tahun. Dia terpilih bukan sahaja kerana kecantikan semulajadi tetapi juga latar pendidikan yang dimilikinya.
SONG JI HYO
Semua orang sukakan kehebatannya dalam Running Man. Gambar Song Ji Hyo ketika remaja ini pernah disiarkan dalam Running Man.
MOON GEUN YOUNG
Pelakon ini berlakon sejak kecil lagi. Lihat sahaja lakonan Moon Geun Young dalam drama Autumn in My Heart, sungguh cemerlang. Wajahnya ketika zaman remaja sehingga sekarang tidak jauh beza bukan. Mungkin disebabkan itulah, Kim Bum tertarik dengannya.
JANG NA RA
Pelakon ini digelar ‘Babyface’ Korea kerana dia langsung tidak berubah dari dulu sehingga sekarang. Selamanya muda. Dah umur tiga puluh pun masih comel macam ni. Jang Na Ra cukup terkenal di China.
HAN GA IN
Merupakan peminat fanatik G Dragon memiliki kulit yang sangat cantik. Juga tersenarai antara wanita Korea tercantik. Mempunyai paras rupa yang kecil menjadikan dia sentiasa awet muda.
No comments:
Post a Comment