Latest News

SERIUS : Romantik Cuma di Awal Perkahwinan ?



Romantik.Apa yang pembaca faham mengenai romantik ? Cukupkah dengan hanya sekadar memberi bunga atau membelikan hadiah mewah buat pasangan anda ? Menurut Dr Hj Juanda Hj Jaya dalam artikelnya dalam Mingguan Wanita Disember 2009 bertajuk, “Ramuan Romantik; Hubungan kaku jadi berseri”,sebenarnya  romantik lahir dari gerak hati yang diterjemahkan dengan perbuatan untuk memastikan pasangan kita selesa dengan kehadiran kita di sisinya. Romantik lebih sesuai diertikan dengan keikhlasan mencintai pasangan kerana Allah S.W.T.
Ironinya , hubungan romantik ini seringkali dikaitkan dengan anak muda.Apakah benar romantik cuma di awal perkahwinan ? Mari baca pendapat beberapa responden.

                                                         Responden:seorang suami



                                                            responden:lelaki bujang

Rata-rata apabila disoal mengenai topik ini , ramai yang menyanggah bahawa romantik hanya di awal usia perkahwinan.Ada yang berpendapat romantik ini boleh dikekalkan jika tafsiran romantik itu sendiri masih dalam definisi memburu cinta Allah.Apa pula kata anda ?
Namun dalam perkahwinan pasti ada saat gembira dan duka.Tekanan hidup mula memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.Jika dulu pasangan suami isteri gemar melakukan kebanyakan aktiviti bersama namun setelah sekian lama,kemanisan bercinta itu seakan terhakis dek ruang dan waktu,terutamaa bagi pasangan yang memiliki cahaya mata.Si ayah lebih gemar keluar bersama-sama rakan-rakannya manakala si isteri di rumah lebih suka mendekati si anak.Fenomena ini berlaku.Ada juga sebaliknya;si ayah di rumah si isteri di luar.Ini sebenarnya telah membuka ruang dalam perhubungan suami isteri justeru tidak hairanlah jika duduk bersebelahan tetapi mulut tertutup rapat.Tiada topik yang menarik untuk dibicarakan akhirnya masing-masing buat hal sendiri.
Kenapa hal ini berlaku ? Jemu,ya benar. Jemu dalam perhubungan membuatkan keintiman itu tidak dirasai lagi.Apabila masa berganjak , usia menjamah wajah,kita mula merasakan tiada keperluan untuk beromantik lagi dengan pasangan kita.Malu,malu kerana sudah tua,namun sebenarnya hati kita sentiasa mahukan kasih sayang.Jadi lupakan usia anda dan kembalilah menjadi romantik umpama kali pertama bercinta !
Jom jadikan cinta anda muda semula.Ini tips-tips yang penulis petik dari buku ‘Cinta Kerana Allah’ dikarang oleh ustaz Pahrol Mohamad Juoi :
  • Beristiqamah ketika solat berjemaah dengan pasangan.Carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan Allah
  • Jangan abaikan makan bersama di rumah.Jika boleh,sekali-sekala makanlah dalam satu bekas yang sama
  • Berkebun atau masak bersama
  • Berkongsi hobi atau minat bersama
  • Luahkan masa berjalan-jalan,memandu bersama pasangan
  • Bercerita sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bersama
  • Lawati semula tempat-tempat yang menjadi nostalgia bersama seperti masjid di mana anda diijabkabulkan,lokasi tempat anda berbulan madu dan sebagainya
  • Menziarahi orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua sama ada pada awal usia perkahwinan atau masa kini
  • baca,lihat,tonton semula majalah,album gambar atau filem-filem yang boleh mengembalikan kenangan manis bersama
  • Menziarahi pusara ahli keluarga atau sahabat-sahabat rapat anda berdua
  • Sekali-sekala buat kejutan dengan memberikan hadiah,kad ucapan,sekuntum bunga atau jemputan makan di luar
Romantik sebenarnya bergantung kepada pasangan tersebut,anda boleh merasai kebahagian selagi anda tidak berhenti mencarinya.Jika masih ada yang tidak kena,cuba muhasabah kembali hubungan anda dengan Allah,mungkin sudah lama anda tidak bersujud kepadanya.




No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.