Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan kerabat diraja yang berjaya mencuri hati Linda Onn. Nampak gayanya kita kena tunggu 27 Disember ini untuk melihat wajah suami Linda Onn.
Apa pun Abang Nara respek Linda Onn kerana membuat pengakuan dan mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini. Tak ada dolak-dalik atau cubaan untuk menyembunyikan perkara baik itu. Majlis pernikahan akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja. Kata Linda menerusi Mstar Online:-
Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah
No comments:
Post a Comment