Latest News

ARTIS-Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin

Sejak kisah cintanya bersama Johan As’ari diketahui umum, pelbagai tohmahan, kata-kata cemburu dan tuduhan dilemparkan kepada Lana Nordin. 



























Kata Lana Nordin:-

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Orang mungkin cakap dengan perhatian kisah saya dengan Johan, publisiti meluas diberikan. Tapi itu semua di luar kawalan saya. Jadi orang yang terus memandang negatif, teruskan, saya tak mampu menutup mulut mereka. Bukan mereka pun yang bayar bil dan belanja harian saya.

Tapi dalam soal saya dengan Johan, saya juga seperti wanita biasa yang mempunyai perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Cuma antara saya dan Johan, ia terjadi tanpa dirancang. Dala soal publisiti hingga saat ini, tak kira publisiti baik atau buruk, ia tetap akan jadi publisiti.


Kalau sebelum ini ada desas-desus yang menyatakan dirinya sanggup bertudung demi Johan As’ari, Lana menafikan perkara tersebut dan menerangkan perubahan yang dilakukan adalah untuk dirinya sendiri. Kata Lana lagi:-


Selangkah demi selangkah, saya akan berubah. Saya tak boleh berubah serta-merta. Nanti nampak sangat saya tak ikhlas berubah dan boleh dianggap hipokrit. Apa yang saya lakukan ini bukan kerana Johan. Perubahan yang saya lakukan ini barangkali bertimbal balik pada soal masa. Ia seperti wake up call untuk saya berubah.

Saya manusia biasa yang tak pernah sempurna dan tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Saya sudah mula memakai pakaian yang tidak mencolok mata. Saya cuba menjaga solat saya. Malah sudah tidak lagi memakai pewarna kuku. Baju lama yang kurang kain itu masih ada tapi saya simpan dan pakai di rumah saja.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.