Latest News

Sultan Brunei titah seluruh rakyat adakan Solat Hajat untuk #MH370



TERIMA KASIH BRUNEI

Di saat Negara Kita menghadapi dugaan yang begitu besar, banyak negara luar menghulurkan bantuan dari segi keupayaan teknikal dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Bagi umat Islam, usaha yang dilakukan turut diiringi doa dan sembahyang hajat memohon dipermudahkan segala urusan. Jiran seagama kita yang paling terdekat turut tidak lupa memberikan bantuan kerohanian seperti itu. 

Menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama negara semalam, Sultan Hassanal Bolkiah menitahkan seluruh umat Islam di Negara Brunei untuk melakukan solat hajat beramai-ramai di masjid-masjid di negara itu terutamanya di Masjid Jame’ Asr Hassanal Bolkiah.



Justeru, kami sebagai rakyat Malaysia amat terharu dan berterima kasih dengan doa yang dihulurkan oleh Sultan dan rakyat negara Brunei. Berkat doa kita semua, semoga pesawat MH370 dapat ditemukan dengan segara. Aminnnn Ya Rabbal Alaminnn.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.