Latest News

RON 95 hanya untuk golongan “miskin”



Dalam usaha mengetatkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan hanya rakyat Malaysia yang memerlukan menikmati kelebihan kesemua subsidi, petrol RON 95 yang disubsidi dijangkakan akan hanya boleh dinikmati golongan “yang memerlukan”, atau dengan kata lain, golongan miskin.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan polisi harga baharu ini mungkin akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini, tambah beliau.

Menurut beliau, sesiapa yang tidak layak untuk membeli RON95 pada harga subsidi hanya layak untuk membeli petrol RON97.

“Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95,” jelas beliau.

Harga semasa RON95 ialah RM2.10 seliter (subsidi 63 sen) manakala RON97 pula RM2.80 yang mana harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

“Malah penduduk dari jiran kita, Singapura dan Thailand juga rakyat asing yang tinggal dan bekerja di negara kita turut menikmati minyak pada harga subsidi,” tambah beliau lagi.

Pendekatan baharu ini masih lagi dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.


Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.