Latest News

WTF- TANGAN DIJAHIT PADA PERGELANGAN KAKI BAGI MENYELAMATKANNYA (6 GAMBAR)

Xiao Wei (25) yang berasal dari Changde, Provinsi Hunan mengalami kemalangan ketika bekerja di sebuah kilang. Tangan beliau terputus selepas terperangkap pada mesin yang dikerjakan beliau 35 hari yang lalu. Bagi menyelamatkan beliau dari kudung, doktor di Hospital Xiangsa, Changsa mengambil langkah drastik menjahit tangan yang terputus ke pergelangan kaki Xiao Wei. Prosedur ini mendatangkan hasil kerana tangan kanan Xiao Wei kini kembali kepada normal selepas dicantumkan semula 17 Disember yang lalu. Awesome science. Kepakaran doktor semakin hebat dan anggota yang dahulunya tidak boleh diselamatkan kini boleh disambung semula. Mohon doktor di Malaysia akan menggunakan teknik yang serupa bagi menyelamatkan kes anggota yang terputus. Tetapi kalau putus kerana main mercun buatan sendiri biarkan sahaja. LOL 




No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.